Aktiviti luar kelas sememangnya amat dinanti-nantikan oleh anak-anak taska. mereka boleh bermain sesuka hati, meneroka persekitaran dan melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Dengan cara ini anak-anak dapat membuat aktiviti dengan bebas dan gembira.
Anak-anak sukakan kebebasan bermain. Mereka akan berlari ke sana-sini dan membuat semua perkara yang boleh dilakukannya. Mereka akan merasa gembira dan puas apabila melakukan perkara tanpa tunjuk ajar dan panduan cikgu. Minda mereka akan lebih peka dan kreatif dalam melakukan perkara harian. Pada pandangan mereka mereka bebas melakukan perkara yang mereka lakukan tanpa disedari peralatan yang mereka gunakan ialah panduan kepada mereka. Ada sesetengah mereka boleh melakukan dengan baik dan ada yang tidak. Tetapi, ia memberikan gambaran bagaimana untuk menggunakannya pada masa akan datang setelah melihat rakan-rakan mereka melakukannya. Bantuan rakan sebaya dapat memperkembangkan minda kanak-kanak dengan baik.
Meneroka persekitaran membantu kanak-kanak memahami apa yang berlaku di persekitaran mereka. Mereka memerhati tumbuhan, burung yang terbang, kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Tumbuhan yang hijau mempunyai daun hijau yang akan luruh dan kering mengajar kanak-kanak tentang kitar hidup dan kehidupan itu sendiri. Segala yang hidup pasti akan menghadapi mati. Dan menanam sifat membesarkan kekuasaan tuhan yang mencipta dan mematikan. Pergerakan haiwan di daratan, udara dan lautan menambahkan lagi rasa kagum dengan ciptaan tuhan. Ia juga menggalakkan mereka berfikir mengapa dan bagaimana mereka bergerak. Apabila mereka membuat pemerhatian terhadap kenderaan yang lalu lalang di ralan raya, mereka akan faham bahaya yang ada di situ. meneroka persekitaran adalah elemen penting dalam perkembangan awal kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi ruang untuk bertanya dan meluahkan pendapat masing-masing. Dengan ini, ruang persepsi kanak-kanak diperluaskan lagi.
Aktiviti yang lebih mencabar seperti memanjat di taman permainan kanak-kanak dan berlumba lari amat penting bagi kendiri kanak-kanak. Dengan memanjat dan berlari, pergerakan loko-motor kanak-kanak akan dipertingkatkan sesuai dengan tumbesaran kanak-kanak. Perlakuan ini yang banyak dilakukan oleh anak-anak di kampung bukan sahaja menyihatkan tubuh badan malah merangsang minda kanak-kanak. Memberi kanak-kanak pengalaman dan semangat untuk mencuba dan berjaya.
Sesungguhnya, kanak-kanak boleh berjaya dengan diberi peluang untuk berdikari, ruang persepsi mereka boleh diluaskan lagi dan kemampuan dan semangat untuk berjaya boleh dipupuk dari peringkat kanak-kanak taska lagi. Semangat ini mesti disemai dan dikekalkan ke peringkat pembelajaran seterusnya. Para cikgu dan pendidik juga harus peka dengan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek. Walaupun penerapan kurikulum diutamakan, perkembangan yang lain juga patut dititik beratkan.
'Selamat hari guru'
No comments:
Post a Comment